Informasi Program
Ketahui dengan lebih mendalam berkenaan program Global Online Workforce

Apakah itu Global Online Workforce

Sebuah program menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa melalui sumber digital bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing.

Apakah itu Crowdsourcing

Crowdsourcing adalah masa depan kaedah bekerja. Penyaluran serta pelaksanaan kerja dibuat secara online kepada orang ramai melalui pelbagai platform global.

Kenapa Program Global Online Workforce Dilaksanakan?

  • Mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa.
  • Membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC.
  • Memperkenalkan sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global.
  • Menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital.

Siapakah Yang Perlu Terlibat?

  • Pekerja yang berpengalaman.
  • Kelayakan dan kemahiran bidang yang berpotensi tinggi seperti IT/ICT (pengaturcaraan, laman web, aplikasi mobile dan lain-lain), rekabentuk & kreatif, bidang penulisan dan bahasa asing.
  • Pekerja bebas @ freelancers online/offline sediada
  • Graduan berkelayakan dan berkemahiran selaku pekerja digital.
  • Pekerja swasta yang diberhentikan kerja yang berkelayakan dan berkemahiran.

Kenapa Anda Perlu Terlibat?

  • Menjana pendapatan digital bulanan secara stabil dan konsisten sepenuh masa.
  • Fleksibiliti melaksanakan pekerjaan digital di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
  • Berdikari dan berdisiplin melaksanakan tugasan digital mengikut keperluan majikan.
  • Menjana pendapatan digital mengikut kemampuan dan keperluan individu.
  • Peluang membuka perniagaan agensi pekerjaan digital.